Friday, December 17, 2010

TAHUKAH ANDA TENTANG KHASIAT BUAH MANGGIS???


Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, tibi, penyakit kulit dan cirit-birit. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu dan sabun bertujuan untuk menghaluskan kulit dan mencegah pelbagai penyakit kulit.


Buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang menakjubkan terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Para saintis telah membuat kajian mengenai khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Selain itu, manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada bahan pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, luka selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaAllah pelbagai lagi masalah. 

No comments:

Post a Comment